SEJARAH
SEJARAH SMA TELOK KEMANG
Sekolah Menengah Agama Telok Kemang merupakan salah sebuah Sekolah Agama Bantuan Kerajaan yang telah diambil alih oleh Kerajaan Persekutuan daripada Kerajaan Negeri Semblan pada Januari 2009. Sekolah ini telah telah dibina pada tahun 1964 dan telah memulakan pengajiannya pada tahun 1965 . Nama asalnya ialah Sekolah Menengah Rendah Agama Haji Awaludin, mengambil sempena nama Wakil Rakyat Kawasan Telok Kemang, Daerah Port Dickson. Ia dibina di atas sebidang tanah di pekan Telok Kemang yang diwakafkan oleh Tuan Haji Hitam bin Karim. Pada awalnya pengambilan pelajar adalah dari tingkatan satu hingga tiga dan tidak ada kemudahan asrama.
Pada awal penubuhannya seramai 65 orang pelajar telah memulakan pengajian mereka di sini. Jumlah pelajar kemudiannya meningkat kepada 92 orang pada tahun 1975 tetapi kembali berkurangan pada tahun 1979 iaitu seramai 44 orang.
Pada tahun 1989, Sekolah Menengah Rendah Agama Haji Awaludin telah berpindah ke kawasan baru di batu 9 Jalan Port Dickson. Sekolah ini bersebelahan dengan Politeknik Port Dickson, Negeri Sembilan. Satu lembaran baru dalam sejarah sekolah ini telah diukir pada tanggal 28hb. Februari 1989 apabila nama sekolah ini ditukar kepada Sekolah Menengah Agama Telok Kemang (SMATKEM).
Pada tahun sama, sekolah ini juga mengalami satu perubahan besar dalam sistem pendidikannya. Sekolah ini telah memulakan pengajiannya dari tingkatan satu hingga ke tingkatan 5. Untuk melicinkan lagi sistem pembelajaran di sekolah ini, bilangan tenaga pengajar telah bertambah dari semasa ke semasa.
Sekolah ini pada awal pembinaannya mempunyai tiga buah bangunan. Dua daripadanya merupakan bangunan sekolah dan sebuah lagi bangunan asrama. Sekolah ini juga mempunyai sebuah dewan makan, sebuah rumah pengetua dan dua buah rumah guru. 3 buah bangunan tambahan turut dibina beberapa tahun berikutnya seperti makmal sains, bangunan KHB dan asrama lelaki.
Pada tanggal 3 Mac 1992M bersamaan 28 Sya’ban 1412H, sekolah ini telah dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Negeri Sembilan Dato’ Seri Utama Tan Sri Hj. Mohamad Isa Bin Hj. Abdul Samad. Pihak sekolah telah dihadiahkan sebuah van hasil kutipan derma yang diusahakan oleh Syarikat Wanija Enterprise Sdn. Bhd.
Sekolah ini dahulunya dibawah pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan dan melalui perjanjian dengan Kerajaan Persekutuan pada penghujung tahun 2008, Kerajaan Negeri Sembilan bersetuju meletakkan sekolah ini di bawah pentadbiran Kementerian Pelajaran Malaysia dan ia dikenali sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan.
Adalah diharapkan sekolah ini akan mencapai kemajuan dan kecemerlangan dalam semua bidang seiring dengan sekolah-sekolah agama di bawah Kementerian Pelajaran yang lain.
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia,bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,masyarakat dan Negara.
FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan Negara.
MOTO
“Berilmu, Beriman Dan Beramal”
VISI
SMATKEM Pilihan Utama Masyarakat Islam
MISI
SMATKEM Menjadi Institusi Pendidikan Umat Islam
Gemilang Duniawi & Ukhrawi Khasnya Dalam Aspek :
Kurikulum
Kokurikulum
Sahsiah, Etika & Disiplin
Pengurusan & Pentadbiran
Iklim Dan Budaya Sekolah
Hubungan Dan Kerjasama Masyarakat Sekitar
TERAS STRATEGI SEKOLAH
1. Menjana Umat Gemilang Duniawi & Ukhrawi Berlandaskan Al Quran dan As Sunnah
2. Melahirkan Modal Insan Memenuhi Aspirasi Negara
3. Melahirkan Warga Sekolah Minda Kelas Pertama
4. Penghayatan Ilmu Sepanjang Hayat
5. Menjana Personaliti Berketrampilan dan Berani Menyahut Cabaran Global
LENCANA SEKOLAH
Huraian :
Cogan kata : Berusaha, Berilmu, Berbakti merupakan cogankata yang dipegang oleh setiap warga sekolah ini. Ia membariskan wawasan yang dinamik dan berterusan selaras dengan kebangunan budaya ilmu. Cetusan ini merupakan warisan yang dibina secara padat lagi utuh, segaris dengan keilmuan merentasi kurikulum. Ia akan mengadunkan di antara kualiti usaha, generasi berilmu, berbakti pada diri dan masyarakat seluruhnya.
Bulan dan Bintang : Lambang Islam sebagai agama yang dipatuhi serta diamalkan di sekolah ini.
Obor Yang Menyala : Lambang semangat para pendidik dan pelajar yang tekun dalam membangunkan keilmuan secara ikhlas.
Dua Buah Kitab : Lambang Al-Quran dan Al-Hadis sebagai pegangan serta amalan hidup.
Tangkai Padi : Lambang kemakmuran dan perpaduan serta kerjasama yang erat di antara satu sama lain.
LAGU SEKOLAH
Sekolah Menengah Agama Telok Kemang
Nama Diberi Kepadanya
Cogan Kata Yang Kami Patuh
Berilmu, Beriman, Beramal.
Falsafah Sekolah Kami amalkan
Dalam Membentuk Budaya Bangsa
Guru-guru Dan Pelajar
Bersatu Bergerak Maju
Rukun Iman Kami amalkan
Ke Arah Perpaduan
Membimbing Ummah Dengan Satu Jalan
Menuju Satu Haluan
Syiar Islam Megah Berkembang
Membentuk Akhlak Membina Jiwa
Di Dunia Dan Di Akhirat
Semuga Segalanya Selamat
SENARAI PENTADBIR SMA TELOK KEMANG
PENGETUA
Bil | Nama | Tahun |
1 | Tn. Hj. Abdul Razak b. Hj. Omar | 1986 |
2 | Encik Abdul Halim b. Sulaiman (Memangku) | 1992 |
3 | Encik Jamil b. Othman | 1994 |
4 | Encik Abdul Halim bin Othman (Memangku) | 1998 |
5 | Pn. Zaiton bt. Sheikh Ahmad | 2000 |
6 | Puan Zaharah binti Mohd Said | 2003 |
7 | Tn. Hj. Abdul Rahman b. Hj. Zainal | 2005 |
8 | Tn. Hj. Ariffin b. Yusof | 20.07.2007 |
PENOLONG KANAN PENTADBIRAN
Bil | Nama | Tahun |
1 | Us. Mohd. Nasaruddin b. Mohd. Hassim | 16.11.2009 – 16.12.2011 |
PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID
Bil | Nama | Tahun |
1 | Pn. Rodiah bt. Ali | 16.10.2009 - |
PENOLONG KANAN KOKURIKULUM
Bil | Nama | Tahun |
1 | En. Zulhisham b. Zakaria | 16.10.2009 - |